Selamat Datang
Ke Laman Web Rasmi
SK Balambangan Banggi
Logo SekolahLogo sekolah menunjukkan pulau balambangan dalam semibulatan berwarna kuning dengan motto "Nadi Ilmu Jaya"
|
Sejarah SekolahSK Balambangan Banggi terletak di utara negeri Sabah iaitu terletak di daerah Kudat. Sebelum sekolah ini bertapak di Kg. Selamat Balambangan, sekolah ini telah dibina pada tahun 1980 di Kg. Kok Simpul Balambangan namun tidak dapat bertahan lama kerana keadaan kedudukan sekolah yang tidak strategik dimana selalu mendapat tiupan angin yang kencang. pada tahun 1985, sekolah kedua telah ditubuhkan di Kg. Tabunan Balambangan namun 5 tahun selepas itu, sekolah berkenaan telah terbakar. untuk meneruskan persekolahan pada masa itu, balai raya Kg. Selamat digunakan buat sementara waktu sebagai kelas pembelajaran. Beberapa tahun selepas itu, bangunan baru pun siap dibina yang mana mampu menampung bilangan murid yang ramai. Beberapa tahun selepas itu, sebuah lagi bangunan dibina untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah.
|